Saturday, May 7, 2011

NaKaMa EtErNiTy!!

Sebelum ni aku ade menceritakan serba sedikit mengenai nakama eternity..sekarang biar aku biar aku cerita dengan lebih lanjut mengenai NAKAMA ETERNITY...

Perjalanannya bermula apabila aku dan rakan-rakan tamat sekolah kire-kire 6-7taun yang lalu..kami ni pada ketika itu anak remaja yang teramat nakal...biasalahkan budak baru nak meningkat remaja...kami pada mulanya hanya berempat iaitu MSMK,MSR,MAA dan tidak terkecualilah aku...hhehe!!aku masih ingat lagi kisah-kisah kami yang pada ketika itu...ketika zaman-zaman aku dan MAA jadi mat rempit, MSR pulak poyo-poyo mat rempit padahal ketika tu die ni budak GRUNGE...ntah pape ar kan...MSMK plak dak GRUNGE cam MSR...

Walaupun kiteorang ni join group yang berlainan kami tetap bersama biar macam mana sekali pun....tahun demi tahun berlalu...group kami makin bertambah bermulalah dengan MNFR, kemudian disertai dengan MIR, MAI, N, MF...dan beberapa orang lagi..

Bagaimana NAKAMA ETERNITY ditubuhkan?

Ok la...biar aku straight forward jerk kan....mesti korang tak nak tau pun sejarah yang mencetuskan idea NAKAMA ETERNITY ni kan...

Kisah ni bermula pabila cadangan yang di buat oleh MSMK, MSR dan aku untuk mengadakan aktiviti perkhemahan dengan beberapa orang yang lain...kira-kira dalam 10 orang gak la yang aktiviti tu...tak disangkakan yang ramai juga yang join perkhemahan kami...

Sewaktu aktiviti perkhemahan itu berlangsung, aku,MSMK,MSR duduk di suatu sudut yang biasa kami lepak untuk memancing...kami bertiga berborak-borak sesama sendiri sambil memancing dan ketika berborak MSMK pun bertanya pada aku untuk membuat satu aktiviti yang berbeza dengan perkhemahan...die mengajak kami membuat aktiviti di suatu pulau yang aku sendiri pun tak ingat pulau di mana...

Lantas aku bersuara, "orait juga idea kau tu...tapi aku ingatkn kite tubuhkan satu persatuan kita sendiri"

dengan idea yang aku beri ni bermacam-macam la nama yang kiteorang dapat dan akhirnya 
kami bersepakat untuk menamakan persatuan kami NAKAMA ETERNITY yang memberi maksud PERSHABATAN SELAMANYA..disebalik nama yang diberi ini memberi seribu erti maksud pada kami dengan kisah-kisah kami yang pernah kami tempuhi bersama dan duduk dibawah satu nama iaitu NAKAMA ETERNITY...tarikh keramat penubuhan nakama ni pada 4/7/2010...

Setelah itu, kami mula mengumpul ahli-ahli nakama yang kami berikan hak keistimewaan kepada rakan-rakan kami yang kami rasakan tidak akan terputus hubungan dengan kami....hehe!!

Dengan tertubuhnya NAKAMA ETERNITY ini bermacam-macam lah aktiviti yang kami telah jalankan bersama dan ikutilah aktiviti yang telah dijalankan nanti...hehee!!!

eventhough, nakama eternity ni sebuah persatuan yang kecil tapi aku dapat rasakan impak yang cukup besar dalam penubuhan persatuan ini...



2 comments: