Saturday, May 7, 2011

FriEnDs

Friends apabila takrifkan dalam bahasa melayu bley jadi kawan, rakan, sahabat..tetapi dalam ketiga-tiga perkataan ni mempunyai tafsiran yang berlainan pula..hurm...apakah tafsiran yang boleh kita dapati dari perkataan-perkataan tersebut....?

Aku pun tak nak bercerita mengenai tafsiran-tafsiran yang boleh didapati dalam kawan,rakan dan sahabat tu..korang sendiri pun tau bezakn perkataan-perkataan tersebut....hehehe!!

Tujuan sebenar aku ingin ceritakan mengenai kawan-kawan aku yang ada membahagiakan, membantu dalam saat-saat sukar dan sebagai nye...apabila tiada mereka ini aku merasakan hidup ini tidak lengkap kerana mereka ini yang banyak membuang masa bersama aku dari masa kecil hingga ke saat ini..biarku perkenalkan mereka sebagai MSMK, MSR, MAA, MNFR, MAI, MIR, MF, SA.....thanx to u all kerana menjadi rakan-rakan aku..upz, bukan rakan tapi sahabat aku...

Beginilah, ada dari setengah mereka aku kenali selepas abis SPM dan ada yang aku kenal sejak dari kecil lagi...tidak kisah aku kenal mereka bila tapi yang pasti mereka lah sahabat aku...

Dipendekkan cerita, aku mula rapat dengan mereka sejak aku tamat SPM (2004) lagi, mereka lah yang menjadi teman aku ketika aku tamat sekolah dan bersama mereka lah aku menghabiskan masa yang terluang...sehingga pada satu ketika kami mengadakan aktiviti perkhemahan di Empangan Semenyih sambil memancing, tercetus la idea dari MSMK untuk menubuhkan sebuah komuniti yang ingin menyatukan kami dengan lebih erat diatas satu nama iaitu NAKAMA ETERNITY yang memberi maksud PERSAHABATAN SELAMANYA...komuniti ini berjaya ditubuhkan dalam bulan Jun 2010, dan masih kekal sehingga sekarang...kita tinggalkan dulu cerita mengenai NAKAMA ETERNITY, nanti aku akan ceritakan pula mengenai NAKAMA ETERNITY.

Mereka-mereka yang aku sebutkan itulah yang telah banyak membantu aku ketika saat aku kesusahan...biarpun ada ketikanya mereka tidak pernah serius dalam membincangkan sesuatu...tetapi aku tidak kisah kerana mereka lah sahabat aku...bersama mereka,aku melalui tempoh-tempoh yang menggembirakan dan menyeronokkan sehingga tidak terhingga..TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT AKU...aku pasti tidak akan melupakan kenangan aku bersama kamu semua.....

No comments:

Post a Comment