Tuesday, May 10, 2011

KAU!!!

Kau,
Pertama kali aku melihatmu,
Sungguh aku terpesona,
Ingin Sekali mengenali dirimu,
Untuk menjadikanmu teman disisiku


Setiap kali melihat wajahmu,
Aku bagaikan terpegun,
Menjadikan aku tidak tentu arah,
Apakah ini dinamakan cinta?


Kau,
Ingin aku terus mendekati dirimu,
Supaya kau menjadi milikku,
Aku terus berusaha tanpa putus,
Akhirnya kau berjaya kumiliki


Kini dirimu menjadi milikku,
Kau begitu membahagiakan,
Sikapmu yang begitu menyenangkan,
Membuat aku sayang padamu


Kau,
Memberi nafas baru kepadaku,
Dirimu bagai sumber pernafasan bagiku,
Tanpamu ku bagai tiada arah,
Janganlah kau jauh dariku


Disaat kau berada disisiku,
Aku lupa akan permasalahanku,
Kau sentiasa ada,
Disaat aku memerlukanmu


Kau,
Kini sudah bertahun perhubungan kita,
Ingin ku jadikan mu permaisuriku,
Tapi ku melihatmu bagai berubah arah,
Kenapakah begitu?


Apakah salahku terhadapmu,
Mengapa kau perlakukan aku begini,
Tiada lagi kelibat dirimu,
Disaat ku amat memerlukanmu


Kau,
Berbulan lamanya kau menghilang,
Kini tiada lagi berita dari mu,
Kemanakah kau menghilang?
Aku sangat merindui dirimu


Setelah sekian lama kau menghilang,
Baru kini aku ketahui sebabnya,
Kini kau telah pasang yang lain,
Disaat kau masih milikku


Kau,
Membuat hati aku hancur luluh,
Mengapa kau berbuat demikian,
Aku tidak mengetahui salahku,
Membuat aku terkapai-kapai


Akhirnya aku sedar dari igauan,
Kau tidak lagi menginginkan ku lagi,
Tiada perlunya aku bersamamu lagi,
Lalu aku melangkah jauh


Kau, 
Pada ketika luka ku masih berdarah,
Kau kembali mencari diriku,
Kini apa lagi yang kau mahu,
Kehadiranmu membuat lukaku membesar


Pergilah kau,
Tidak lagi aku inginkan dirimu,
Jangan lagi kau mengganggu diriku,
Jangan kau menambah lagi deritaku


Kau,
Kini kau menghilang sekali lagi,
Membuatku berasa sunyi,
Luka berdarah semakin sembuh,
Tiada lagi kelibatmu


Maafkan aku jika ku bersalah,
Semoga kau bahagia,
Disisi orang yang tersayang,
Selamat tinggal ku ucapkan...............





No comments:

Post a Comment